The Best of Us
Towards a better life. Think about future.
Search This Blog
Thursday, 23 April 2015
APANAMA: 1MDB by Dr M
APANAMA: 1MDB by Dr M: UPDATED - Below is former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad
Friday, 28 November 2014
rocky's bru: Money can't buy you love, or Anifah Aman
rocky's bru: Money can't buy you love, or Anifah Aman: Anwar: So cocksure about his 16/9/08 scheme Sometime after the March 2008 general elections, Opposition leader Anwar Ibrahim...
Monday, 15 September 2014
JOMO MALAYA: Tan Khai Beng Dedah Rumah BESAR Nga Kor Ming...
JOMO MALAYA: Tan Khai Beng Dedah Rumah BESAR Nga Kor Ming...: JOMO: Pemimpin Chauvinis yang dilihat luaran kononnya jujur, bantu orang melayu = Hidup kaya raya...? No comment!
Tuesday, 17 June 2014
MAHAGURU58: Punca Kristian semakin aktif dan sebab sebab kenap...
MAHAGURU58: Punca Kristian semakin aktif dan sebab sebab kenap...: Ihsan dari FB Aaron Aziz Hakikat hari ini! Gereja Kristian ikhlas menyebarkan kefahaman karut mereka tetapi Ulamak Islam ramai yang mem...
Wednesday, 28 May 2014
PaperWaris: VIDEO - MUSLIMAH PAS KENA SMASH SAMPAI BERTERABUR
PaperWaris: VIDEO - MUSLIMAH PAS KENA SMASH SAMPAI BERTERABUR: Wa malas nak komen banyak.. lu orang tengoklah sendiri salah satu contoh "mu buat halal, aku buat haram". Kredit to Mak Jemah J...
Friday, 23 May 2014
Gelombang Kick: @Khairykj Ketua Pemuda Paling Bacul Dalam Sejarah ...
Gelombang Kick: @Khairykj Ketua Pemuda Paling Bacul Dalam Sejarah ...: Kebaculan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sangat memalukan Umno, kemaluan makin membesar apabila permohonan maaf Khairy kepada DAP men...
Friday, 4 April 2014
Cerdik Pandai Kurang Bijaksana
- Dunia kini berdepan dengan kilauan-kilauan masalah. Kenapa? Saya berpendapat dunia kini melahirkan terlebih ramai "cerdik pandai". Mungkin akibat kemajuan dunia, lebih ramai penduduk mendapat akses sempurna. Ya, ia nampak "sempurna" tetapi perlu diingat tak semestinya bermaksud sesuatu yang baik.
- Sebenarnya ada sesuatu kisah jika dirungkai satu persatu, kerumitannya lebih terserlah. Saya cuba rungkai sedikit disini tetapi sesiapa yang membacanya perlu berlapang dada. Saya juga diharapnya begitu. Dengan izin Allah.
- Ya, dunia kini melahirkan sangat ramai "cerdik pandai" dan ia berterusan. Itu fakta benar di Malaysia dan lain-lain negara membangun serta negara maju. Akan tetapi jika diteliti dunia kurang melahirkan satu lagi golongan manusia iaitu manusia "bijaksana". Perlu diingat, antara "cerdik pandai" dan "bijaksana", mereka berbeza. Bukan saja maksud berbeza, perbuatan serta fikiran penganutnya juga berbeza. Dan sebenarnya sifat bijaksana bukan dilahirkan atau dizahirkan oleh pihak Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi. Ia samada terhasil secara semulajadi atau hasil dari pengalaman hidup seseorang yang berfikir.
- Secara sopannya, orang yang cerdik dan pandai walaupun berbangga dengan PHD luar negara tetapi jika kurang atau tiada sifat BIJAKSANA, ia tetap cacat.
- Saya menggelarkan mereka begini, "Orang cerdik pandai tetapi kurang BIJAKSANA". Mereka jenis ini tetap menggunakan akal sepertimana biasa. Akan tetapi ia terhad akibat malas berfikir dengan waras, ambil mudah, lebih emosi, sifat ekstremis, fanatik, berlebih-lebihan, bersikap manipulasi. Manakala pemikiran BIJAKSANA adalah terkawal dan selalunya bijak menyesuaikan pemikiran dan perbuatan.
- Orang cerdik pandai tetapi kurang BIJAKSANA selalunya tidak mengetahui batasan atau had-had mereka. Tidak kira samada pemikiran atau perbuatan mereka. Dibawah saya huraikan tentang masalahnya dengan golongan "bijak pandai kurang BIJAKSANA". Ia mungkin tepat atau kurang tepat tetapi inilah hasilnya dari jumlah garam yang telah saya makan dengan banyaknya selama lebih 40 tahun (harap faham).
1) Mengakui tahu hampir segalanya tentang sesuatu walaupun pengetahuan mereka kurang lengkap. Mereka tetap mengakui mereka benar dan tegas dengan apa yang bagi mereka itu benar. Paling tepat untuk diungkapkan mereka ini berpaling dari kebenaran.
2) Kurang berfikiran terbuka. Cenderung pada situasi atau informasi yang berpihak kepada pegangan mereka. Mudah menjadi mangsa manipulasi akibat hati dan fikiran yang tertutup. Bukti yang nyata ditolak dan tidak diperakui akibat kecenderungan yang melampau pada sesuatu.
3) Kurang kewarasan berfikir. Ia lebih dikaitkan dengan sifat malas untuk berfikir tentang perkara yang diluar dari lingkup profesion mereka. Kadang-kadang terjadi akibat sifat ketaksuban terhadap sesuatu atau orang-orang tertentu. Lebih beremosi akibat kelemahan akal untuk berfikir dengan waras. Jiwa menjadi lemah hingga mudah diperkotak katik. Mudah kata hilang segala pertimbangan.
4) Cenderung melakukan manipulasi. Jenis begini lebih berbahaya jika tidak terkawal. Golongan ini sangat bijak mengambil kesempatan dan selalunya mempunyai kepentingan tertentu. Akibat tindakan mereka ini lebih menghuru-harakan keadaan.
Akhiran cerita
- Jika diteliti hampir semua emapt (4) perkara yang disentuh lebih menjurus kepada melakukan kerosakan. Dilakukan tanpa mereka sedari atau dengan niat. Kerosakan akan berlaku pada segalanya, masyarakat, keluarga, agama, bangsa, negara, dan rosak diri sendiri. Tanpa mereka ini sedari bahawa sekelumit perkara salah yang mereka lakukan, kesannya adalah sangat besar dikemudian hari. Samada kesannya terasa esok hari, berabad, berkurun lamanya, ia adalah tetap kesan yang wajib dielakkan.
- Sudah tentu golongan cerdik pandai adalah sesuatu yang kita inginkan. Pada pandangan masyarakat keseluruhan, sifat cerdik pandai adalah suatu kelebihan yang dibanggakan. Tetapi masyarakat lupa bahawa sifat cerdik pandai sahaja tidak mencukupi.
- INI PENTING dan sangat syok tentang ini....Empat (4) perkara diatas juga sebenarnya ada pada semua golongan manusia tidak kira golongan terpelajar hingga digelar cerdik pandai atau golongan yang tersisih pelajarannya. Tidak dinafikan itu sama sekali.
MAKA DENGAN JELAS BAHAWA REALITINYA GOLONGAN YANG MENGAKUI MEREKA ITU CERDIK DAN PANDAI SEBENARNYA TIADA BEZA PUN DENGAN GOLONGAN BIASA....JIKA TANPA KEBIJAKSANAAN........NOKTAH.
'zuli'

Subscribe to:
Posts (Atom)